Cinema Malaysia
You are here : Main  > Newspaper Clippings >  Harian Metro > Kuswadinata masuk hospital
Kuswadinata masuk hospital
Harian Metro | 16 Jul 2008


Oleh Norhadiani Baharom



LINANGAN air mata sudah cukup menggambarkan betapa pilunya perasaan pelakon veteran, Kuswadi Bujang, 70, atau lebih dikenali sebagai Kuswadinata ketika ini.

Masakan tidak, sepanjang hayatnya dia tidak pernah me ngalami sakit kronik bahkan masih berupaya menjalani kehidupan aktif meskipun golongan seusianya tidak mampu melakukan kerja berat.

Justeru, apabila dimaklumkan dia terpaksa menghuni hos pital bagi menjalani pembedahan, pelakon veteran terkenal watak ala romeo ini bagaikan terkena kejutan elektrik.

Menurut isterinya, Kamariah Mohd Said, 53, atau Kay suaminya itu tidak pernah sakit sebelum ini dan disebabkan itu Kuswadinata terkejut apabila dimaklumkan doktor dia mengidap penyakit yang kronik.

“Inilah kali pertama seumur hidup suami saya dia di masukkan ke hospital. Dia menangis setiap kali temannya datang melawat.

“Malah, ketika saya memaklumkan ingin pulang ke rumah pun dia akan menitiskan artis mata. Abang (Kuswadinata) minta saya menemaninya, tapi saya jelaskan kepadanya di wad kecemasan sesiapapun tidak dibenarkan menemani pesakit,” katanya.

Untuk melihat sendiri keadaan Kuswadinata, wartawan Harian Metro mengambil kesempatan mengunjunginya Wad Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin.

Bagaimanapun, ketika kunjungan, beliau baru saja selesai diberikan ubat selain perlu menjalani pembersihan buah pinggang.

Lalu hanya infomasi daripada isterinya berhubung keadaan kesihatannya sempat dirakamkan.

Jelas Kay, suaminya sebelum ini pernah membuat pe meriksaan di HUKM, tetapi doktor hanya memberikannya ubat.

Bagaimanapun, ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Melaka baru-baru ini, suaminya ada menghubungi dan mengadu perutnya sakit.

Bagaimanapun, dek kerana komited terhadap kerja, pelakon veteran itu memutuskan untuk menyudahkan juga peng gambaran drama berkenaan.

“Sangkaan abang, sakit perut yang dialami itu cuma seketika. Namun sehari selepas tamat penggambaran, ketika itu di rumah dia mengadu sakit perut yang teramat sangat seolah dicengkam lalu kami ke Hospital Ampang Putri untuk melakukan pemeriksaan.

“Doktor mendapati ada batu dalam perutnya atau erti kata lain dia disahkan mengidap batu karang. Saya bertanya sama ada dia mahu menjalani pembedahan atau tidak, abang menolak kerana doktor sudah meyakinkannya bahawa bau itu boleh keluar dengan memakan ubat.

“Tahap kesihatannya tambah membimbangkan apabila se kali lagi mengadu sakit perut dan keesokan harinya iaitu pada Khamis sekitar tengah hari, kami merujuk pula ke Hospital Ampang.

“Abang ditahan untuk membuat pemeriksaan. Melalui proses imbasan terakhir, doktor mendapati sakit perut yang dialami bukan berpunca dari batu karang sebaliknya saluran arterinya pecah dan membengkak.

“Dia memerlukan pembedahan segera dan atas saranan doktor, abang di pindahkan ke HKL dan terus ditahan dalam wad kecemasan. Tepat jam 10 malam, dia dibawa ke bilik pembedahan dan proses itu selesai kira-kira jam 2.45 pagi,” katanya.

Kay menambah, sebelum pembedahan dijalankan doktor terlebih dulu memaklumkan kepadanya bahawa pembedahan itu boleh memberikan kesan pada pinggang, jantung selain menyebabkan strok.

“Alhamdulillah pembedahan arteri tempoh hari berjaya, walaupun doktor memberitahu risiko untuk hidup 50/50. Cuma apa yang masih saya dan anak-anak bimbangkan, keadaan buah pinggangnya yang terkena jangkitan.

“Sama ada abang perlu dibedah atau tidak saya sendiri tidak dapat pastikan kerana doktor masih mahu melihat bagaimana tahap kesihatannya,” katanya.

Sementara itu, Kay tidak putus mengucapkan terima kasih kepada teman artis seperti Datuk Aziz Sattar, Salwa Abdul Rahman, Datin Paduka Julie Sudiro, Datuk Mustapha Maarof dan Den Wahab.

“Tidak dilupakan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor di Hospital Ampang yang berjaya mengesan penyakit suami saya termasuk doktor serta jururawat yang merawat suami saya di HKL,” katanya yang bertugas di syarikat ejen Pelancongan, Narsco Travel.

Perkongsian hidup Kuswadinata dengan Kay sejak 27 tahun lalu dikurniakan empat anak Jasmine, 24, Mohd Hafsham, 23, Mohd Irwan, 22, termasuk Mohd Rizal, 19, yang berada di sisi bapa mereka tempoh hari.

Menerusi perkahwinan dengan bekas isteri terdahulu, Kuswadinata dikurniakan lima anak yang kesemuanya menetap di Singapura.



Related Profile

 Kuswadinata 
  Related Article
Jasa orang terdahulu harus dihargai
Cinema: Kuswadinata Shines
Debaran Filem Pertama Opie
Amukan Hantu Raya Tok Chai
Comments

Portal ini diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD . © 2012 All Rights Reserved.